Wednesday, March 16, 2016

Selamat Hari Lahir My Little Prince Ahmad Haziq Aiman ~ 16th March 2013

Assalamualaikum

Lupakan seketika kisah duka semalam. KC just nak share kegembiraan buat seketika. Maafkan Mama sayang terlewat menulis sesuatu sempena hari lahirmu yang ke 3 tahun. InsyaAllah... nanti kita sambut birthday 'abang' sama2 dengan adik ya ;)


Ahmad Haziq Aiman "yang Cerdik" "yang membawa Keberkatan/yang Bertuah". Nama yang paling indah mama pilih buat mu. Sememangnya kehadiran Haziq banyak membawa tuah dan keberkatan buat Mama dan Papa. Terima kasih sayang kerana hadir dalam hidup kami. Haziq adalah anugerah yang paling istimewa dalam hidup Mama.


Doa Mama buat Haziq....


Ya Allah. Anugerahkan kepadaku kelangsungan hidup anakku, panjangkan usianya, sehatkan badannya, akhlaknya, agamanya, sejahterakan jiwa dan raganya, alirkan rezekinya melalui tanganku, anugerahkan kepadanya kecerdasan akal dan kebeningan hati. 


Bantulah aku, mendidiknya, berbuat baik kepadanya dari sisiMu. 


Jadikan anakku, mendekatiku, menyayangiku, mencintaiku. 


Jadikan anakku, orang yang baik dan takwa, yang punya pandangan dan pendengaran yang taat kepadaMu, yang mencintai dan setia kepada kekasihMu, Muhammad. 


Berikan semua itu dengan petunjuk dan rahmatMu, berikan kepada kami apa yang terbaik di dunia dan akhirat. Amin YaRabbal Alamin....






No comments:

Post a Comment

Usha-meng'usha' :D